MukaDepan
Koleksi Lensa
Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my
Login



Undian
Pandangan Anda Mengenai Laman Web PSOA?
 

Mesyuarat Agung Tahunan

Mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan adalah suatu kewajipan bagi sesebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan.

Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia (PSOA) seperti biasa telah menjalankan amanah dan tanggungjawab tersebut pada awal Mei 2012 yang lalu di Vistana Hotel, Kuala Lumpur.

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PSOA Ke 7, dirasmikan oleh En. Rashid Ka’, Presiden PSOA. Segala-galanya berjalan dengan lancar, penuh mesra dan harmoni. Beberapa usul dasar berkaitan Orang Asli dibincangkan antaranya mengesa supaya Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) memberi bantuan pendidikan (tajaan) kepada anak-anak Orang Asli yang melanjutkan pelajaran diperingkat sarjana (Master) dan doktor falsafah (Phd) sama ada di dalam atau luar negara.

Ahli Mesyuarat juga minta kerajaan agar melihat secara positif pengisian jawatan di Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) selaras dengan tuntutan masyarakat itu sekurang-kurangnya 50% penjawat jawatan peringkat pengurusan dan sokongan hendaklah terdiri dari golongan terpelajar Orang Asli. Ini termasuklah jawatan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah Peringkat Negeri-negeri. Dato’ Suki Mee, Timbalan Presiden PSOA mencadang dan menyokong usul tersebut berterusan dibawa untuk perhatian dan tindakan peringkat tertinggi kerajaan.

En. Rashid Ka’, menjelaskan permintaan masyarakat Orang Asli sekurang-kurang 50% penjawat jawatan di JAKOA hendaklah dikalangan Orang Asli itu bukan bermaksud peringkat pengurusan atau pegawai-pegawai kumpulan sokongan JAKOA yang sedia ada sekarang ini tidak berkemampuan atau tidak berkebolehan. Sebaliknya masyarakat Orang Asli menghargai komitmen mereka dan sentiasa mengingati sumbangan, jasa bakti pegawai-pegawai JAKOA. Masyarakat Orang Asli sedar sebilangan pegawai-pegawai tersebut juga berkerja keras berkhidmat untuk memajukan serta membela nasib demi masa depan masyarakat Orang Asli, contohnya usaha gigih Y. Bhg. Dato’, Ketua Pengarah JAKOA sendiri.

Namun, struktur pentadbiran JAKOA itu perlu ‘perubahan’ selaras dengan gelombang transformasi kerajaan, mengutamakan rakyat dan bersesuaian dengan era masa kini.

Dari satu sudut lagi, kerajaan juga perlu memikirkan untuk melantik seorang Menteri Hal Ehwal Orang Asli, Malaysia dari kalangan masyarakat Orang Asli.

Lain-lain isu dasar yang turut disentuh iaitu berkaitan hak milik tanah dan pencerobohan tanah atau pencerobohan kawasan penempatan masyarakat Orang Asli. Dimana, hampir seluruh negara masyarakat Orang Asli kurang selesa dengan perkara ini dan mengesa kerajaan persekutuan dan negeri agar lebih serious lagi menyelesaikan kes-kes tanah Orang Asli.

PSOA juga minta jasabaik Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia agar mewartakan segera kawasan tanah masyarakat Orang Asli.
 
Dalam Persidangan tersebut juga beberapa orang pemimpin baru dilantik bagi memacu perubahan serta memperkasa pertubuhan itu seperti yang diumumkan oleh Presiden iaitu En. Asmawi, En. Aizal Izuan, Cik Edvina dan Cik Suzana Yusoh. Segala pengalaman, kesetiaan kepada persatuan dan jati diri mereka diperlukan agar persatuan terus mantap dan bersenergi.

     

Menurut En. Rashid Ka’, ramai golongan terpelajar Orang Asli yang berminat ingin berkhidmat atau berbakti kepada masyarakat secara sukarela perlu ada ikhlasan, amanah dan bertanggungjawab serta berani tampil kehadapan sebagai  'pemimpin barisan hadapan' Orang Asli bersama dalam gagasan Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia selaras dengan gelombang transformasi kerajaan yang sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat.

Terakhir dikemaskini (Sabtu, 11 Ogos 2012 15:39)

 

Kerajaan Negeri Perak Warta 2,959.85 Hektar Tanah Orang Asli Libatkan 23 Kawasan
25 Mac, 2012  17:53 PM

IPOH, 25 Mac (Bernama) - - Kerajaan Negeri Perak mewartakan 2,959.85 hektar tanah Orang Asli meliputi kawasan kediaman dan pertanian yang melibatkan 23 kawasan di seluruh negeri, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata masih terdapat 21 kawasan yang akan diwartakan dalam masa terdekat dan apabila siap kelak, jumlah kawasan Orang Asli yang diwartakan adalah seluas 10,280.8314 hektar.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis pecah Surau Rafeah, Meru Perdana di sini hari ini, beliau berkata selain kawasan Orang Asli, kerajaan melaksanakan pelbagai dasar dan pendekatan bagi memberi keselesaan kepada rakyat melalui kerjasama dengan pihak swasta.

Zambry berkata sebelum ini, kerajaan melaksanakan beberapa pendekatan termasuk memberi geran hak milik kepada penduduk setinggan.

“Ini dilakukan melalui pendekataan ‘in situ’ dengan penduduk setinggan diberikan geran di kawasan-kawasan tempat tinggal mereka dan bagi kawasan yang tidak sesuai mereka akan dipindahkan ke kawasan lain,” katanya.

Dalam pada itu, Zambry berpuas hati dengan pemaju MK Land yang membina rumah baru di kawasan Meru Perdana dengan teknologi ‘Industrialised Building Systen’ (IBS).

Melalui sistem ini, katanya kawaasan pembinaan lebih selamat, bersih, menjimatkan tenaga buruh, menjimatkan masa dan mengurangkan harga jualan rumah.

Zambry berkata IBS yang diperkenalkan MK Land ini lebih mampat dan selamat serta sangat efisien dari segi ketahanan strukturnya.

“Struktur pembinaannya merupakan penebat bunyi yang baik, kalis anai-anai di samping kos penyelenggaraannya yang minimum,” katanya.

- - Bernama

Terakhir dikemaskini (Isnin, 26 Mac 2012 15:41)

 

SUHAKAM : Jangan Salah Guna Kuasa, Hormati Orang Asli
SINAR HARIAN : 31/01/2012

SHAH ALAM - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berpandangan tegas bahawa agensi-agensi penguat kuasa tidak sepatutnya menyalahgunakan kuasa dan, antara lain, harus menghormati hak kumpulan yang terpinggir terutamanya masyarakat Orang Asli dan Pribumi.

Terakhir dikemaskini (Selasa, 14 Februari 2012 07:40)

Baca Lagi...

 

Yayasan Orang Asli Malaysia (YOS)

 

Yayasan Orang Asli Malaysia (Malaysian Orang Asli Foundation) atau dengan ringkasnya dikenali sebagai "YOS" adalah sebuah badan atau organisasi sepenuhnya Orang Asli Semenanjung Malaysia yang menitik berat hal-hal pendidikan masyarakat tersebut. YOS akan menjadi badan pengantara dan pelengkap ke arah pembangunan dan kemajuan ; pendidikan, ekonomi, seni budaya, adat resam, belia dan sukan serta kebajikan Orang Asli.

Menurut En. Rashid Ka' , Presiden Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia (PSOA) , kelulusan pemerbadanan Yayasan Orang Asli Malaysia (YOS) pada awal Januari 2012 ; membuka lambaran baru dan harapan serta jangkaan masyarakat tersebut.

En. Rashid Ka' yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah YOS dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YOS ; bertekat untuk memacu badan itu agar menjadi sebuah organisasi yang berperanan serta berkepentingan 100% Orang Asli, dan akan sentiasa seiringan dengan kerajaan membangun serta memelihara kesejahteraan dan keamanan negara, Malaysia.

Beliau juga menyeru agar mana-mana pihak, individu, kumpulan atau agensi serta badan-badan kerajaan atau swasta yang prihatin terhadap nasib masa depan masyarakat Orang Asli ; dengan ikhlas bolehlah menyalurkan sumbangan masing-masing kepada Yayasan Orang Asli Malaysia.

Alamat Surat-menyuarat (sementara) : 

YAYASAN ORANG ASLI MALAYSIA
( Malaysian Orang Asli Foundation)
P.O. Box 9, 26700 Bandar Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur
Malaysia

Terakhir dikemaskini (Sabtu, 11 Ogos 2012 15:50)

 

Program Jalinan Mesra Siswazah Orang Asli

Lebih 200 golongan terpelajar masyarakat Orang Asli akan menghadiri Program Jalinan Mesra Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia 2011 yang akan berlangsung pada 17-18 Disember 2011 di Dynasty Hotel, Kuala Lumpur. Ahli-ahli Persatuan dan pelajar-pelajar yang menghadiri program tersebut secara ikhlas, sukarela demi persatuan mereka.

Menurut En. Rashid Ka', Presiden Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia (PSOA), matlamat utama program tersebut ialah untuk mengirat hubungan dan memperkasa perpaduan serta jatidiri siswazah Orang Asli.

Disamping itu juga terdapat ceramah bertajuk 'Peluang Kerjaya di Sektor Awam dan Swasta' yang akan disampaikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dan Kementerian Sumber Manusia, Malaysia.

Berbagai aktiviti diatur termasuklah cabutan nombor bertuah yang menyediakan hadiah menarik, persembahan kebudayaan, anugerah kecemerlangan pendidikan, dan lain-lain lagi. Dijangkakan Program Jalinan Mesra Siswazah Orang Asli 2011, lebih meriah daripada tahun sebelumnya.

 

Terakhir dikemaskini (Sabtu, 11 Ogos 2012 15:18)

 
Pengumuman







ORANG ASAL MALAYSIA
Salam Perpaduan Orang Asli



ORANG ASLI
1 Payung 1 Bahtera



TAHUN 2016
It is hard to fail, but it is worse never to have tried to succeed (Theodore Roosevelt)



PENCAPAIAN
Life teaches us to make good use of TIME, while time teaches us the VALUE of LIFE



31 DISEMBER 2016 (Sabtu)
Hari Perayaan Orang Asli Menyambut Tahun Baru (2017)



QUOTES OT THE YEAR
Learn From Yesterday, Live For Today, Hope For Tomorrow




Ads on: Special HTML
Jam

Kalendar
March 2017
MTWTFSS
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031 
Tetamu Online
Kami ada 38 tetamu online
Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini238
mod_vvisit_counterSemalam263
mod_vvisit_counterMinggu ini238
mod_vvisit_counterMinggu Lepas984
mod_vvisit_counterBulan Ini3041
mod_vvisit_counterBulan Lepas3951
mod_vvisit_counterJumlah1023841