MukaDepan Artikel
Koleksi Lensa
Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

Artikel Terkini

Mesra Bersama Masyarakat

Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia (PSOA) yang diketuai oleh En. Rashid Ka’ (Presiden) hadir sama menyambut kedatangan pemimpin nombor satu negara, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj. Abd. Razak, Perdana Menteri Malaysia merasmikan Majlis Pelancaran Program Jalinan Murni Masyarakat Orang Asli, Peringkat Kebangsaan, di Kg. Orang Asli Bawong, Sungai Siput (U), Perak pada 24 September 2011.

Pastinya, dicelah ribuan orang yang menghadiri majlis tersebut, Pn. Jawiah Udang sempat mengukir senyuman dan dapat berhadapan serta bersalaman dengan YAB. Perdana Menteri Malaysia.

Beliau merupakan diantara pemimpin lama dalam PSOA iaitu sejak mula penubuhannya. Dalam Mesyuarat Agung Ke VI, 2011 beliau memberi laluan kepada muka baru mengambil alih jawatan setiausaha dan beliau mengekalkan peranannya sebagai ahli jawatankuasa biasa.

Lulusan Ijazah Sarjana Muda, UiTM ini cekal menghadapi cabarang serta bersemangat untuk terus membela nasib masyarakat Orang Asli.
 
Ribuan masyarakat Orang Asli yang hadir ke majlis tersebut membuatkan Kapt.(B) Kamariza B. Kimtai merasa terharu melihat sokongan rakyat khususnya Orang Asli terhadap Perdana Menteri. Beliau anak watan negeri Pahang turut merasa bangga kerana Perdana Menteri Malaysia kali ini adalah anak bekas Perdana Menteri suatu ketika dulu yang mana kedua-duanya berasal dari Pahang.

Bagi beliau, meskipun sibuk dengan urusan hariannya, beliau nekad untuk meluangkan masa menemui masyarakatnya.

Kapt.(B) Kamariza, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa PSOA sejak Mac 2011.

Ahli Jawatankuasa PSOA yang hadir di majlis itu ialah Pn. Sarimah Jamil (Setiausaha), Ir. Mahat a/l Mat Dong (Bendahari), En. J. Murni Mohamad, Cik Bibah Udang (Penolong Setiausaha I), Cik Mariana Mohamad (Penolong Setiausaha II), Dr. Bah Piyan Tan, Kapt.(B) Kamariza B. Kimtai,  dan Pn. Jawiah Udang.

Terakhir dikemaskini (Jumaat, 07 Oktober 2011 21:15)

 

Bakti Disemai, Bukti Dituai

Kesibukan Tugas Harian tidak menghalang Pn. Sarimah Jamil untuk menabur bakti kepada masyarakatnya, disamping tugas berat sebagai seorang guru dan juga ibu kepada lima orang anak.

Lepasan Maktab Perguruan ini merupakan anak ke dua daripada lima orang adik beradik. Sementara ayahnya seorang pesara JAKOA (sebelum ini JHEOA) dan kini bergelar Tok Batin.

Aktif diperingkat akar umbi, dan kini menjawat jawatan Pengerusi JKKK Kg. Orang Asli Tg. Sepat, Selangor.

Dalam Mesyuarat Agung Ke VI Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia (PSOA) pada 27 Mac 2011, beliau dipilih sebagai Setiausaha.

Pn. Sarimah menasihati masyarakat Orang Asli khususnya ibubapa supaya menitik berat pelajaran anak-anak. Sentiasa berusaha dan pastikan anak-anak belajar dengan jaya sehingga ke menara gading. Tegasnya juga, pelajaran akan dapat merubah nasib masa depan mereka. Ini jelas terbukti, berdasarkan kehidupan anak-anak Orang Asli yang telah berjaya dalam pendidikan. Ada diantaranya bergelar Profesor, Pensyarah, Majestret, Doktor Perubatan, Pentadbir, Peguam, Jurutera, Guru, usahawan, dan lain-lain. Menurutnya, sebilangan mereka yang berjaya ini juga adalah merupakan ahli-ahli persatuan dan aktif bersama masyarakat.

Bagi En. Hanizam, individu Orang Asli yang berjaya dalam pendidikan serta aktif bersama masyarakat merupakan individu atau kumpulan yang menjadi perhatian dan contoh kepada masyarakat Orang Asli. Berdasarkan pengalaman beliau sebagai guru, mendapati ramai pelajar sekolah lebih bersemangat mencontohi mereka.

En. Hanizam, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa PSOA.

Menurut Cik Mariana Mohamad, bebanan tugas hariannya tidak menghalang beliau untuk membantu masyarakat menerusi persatuan. Beliau tetap setia bersama PSOA setelah dua penggal berturut-turut dipilih menjadi ahli jawatankuasa, dan kini sebagai Penolong Setiausaha II.

Kerjaya Cik Mariana adalah seorang guru, dan kini masih lagi menyambung pengajiannya kepringkat Ijazah di Open University Malaysia.

Menurut Presiden PSOA, sebilangan besar golongan terpelajar Orang Asli amat berminat untuk menabur khidmat bakti kepada masyarakat mereka sendiri tetapi ruang dan waktu membatasinya.

Terakhir dikemaskini (Selasa, 13 September 2011 17:15)

 

Sumbangan Ikhlas Mangsa Tanah Runtuh

09 OGOS 2011 - Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia (PSOA) merasa terharu melihat Kg. Orang Asli Sg. Ruil, Tanah Rata, Cameron Highland dan menemui ahli-ahli keluarga mangsa di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Brinchang, Cameron Highland.

PSOA yang diketuai oleh En. Rashid Ka’ (Presiden) turut menzahirkan rasa sedih dengan tragedi yang telah meragut tujuh nyawa termasuk empat wanita itu. Dua lagi mangsa mengalami cedera parah dan sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Ahli Jawatamkuasa PSOA yang menyertai rombongan lawatan kemanusiaan tersebut Pn. Sarimah Jamil (Setiausaha), Ir. Mahat Mat Dong (Bendahari), Cik Mariana, En. Hanizam, dan En. Md. Firdaus Ayak Bin Abdullah.

PSOA menghulur sumbangan ikhlas wang tunai, baju ‘T’ serta hamper berupa barangan makanan ringan kepada ahli keluarga mangsa, Tok Batin dan cenderahati kepada kanak-kanak sekolah, dimana keseluruhan dianggarkan lebih RM6,000.00. Turut sama di majlis penyampaian sumbangan tersebut En. Isa Bin Abd. Hamid, Pengarah JAKOA Negeri Pahang.

Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia (PSOA) merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan di bawah pimpinan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, individu dan badan-badan bukan kerajaan yang perihatin, segera menghulur bantuan serta sumbangan ikhlas kepada ahli keluarga mangsa tragedi. 

 

Terakhir dikemaskini (Jumaat, 12 Ogos 2011 17:11)

 

Menyemai Bakti Pendidikan 

Program Jalinan Bakti Terengganu di Kg. Orang Asli Sungai Berua, Kuala Berang, Terengganu turut mengundang Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia (PSOA) bersama masyarakat Orang Asli.

Menurut Ir. Mahat Mat Dong program yang diadakan pada 10 Julai 2011 lalu dihadiri oleh kira-kira 100 orang ibubapa termasuk pelajar sekolah di kalangan masyarakat Orang Asli. Program tersebut dianjurkan oleh Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM) dimana melibatkan pelajar-pelajar Malaysia yang kini menuntut di Ireland.

   

Ir. Mahat (tengah-baju putih) bersama penganjur program dan ibubapa serta para pelajar.

Dimana jua, tidak kira sama ada di bandar mahupun nun jauh di kampung pendalaman, PSOA akan turun demi masyarakatnya andaikata diberi ruang berbuat demikian oleh mana-mana pihak penganjur.

Semangat PSOA tidak pernah luntur malahan gigih berterusan memberi motivasi pendidikan kepada anak bangsa. Adapun usaha memacu semangat dikalangan anak-anak Orang Asli agar berjaya dalam pendidikan sehingga ke manara gading menjadi fokas utama dalam agenda perjuangannya.

Ir. Mahat Mat Dong juga yakin program bersama seperti itu akan dapat mengiratkan lagi hubungan kedua-dua belah pihak. Beliau yang juga selaku Bendahari Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia (PSOA) merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput PSOA.

Terakhir dikemaskini (Khamis, 25 Ogos 2011 17:04)

 

Mantera Seru

(Mantera Doa Selamat Orang Asli)


Ya! Tuhan Ku
Yang Maha Agung
Pencipta & Penguasa Alam Semesta
Empat Penjuru, Tujuh Alam
Tujuh Lapis Bumi
Tujuh Lapis Langit

Murahkan Razeki Serta Panjangkan Usia Kami
Lindungilah & Sejahterakanlah Kehidupan Kami

Selagi Ada Matahari, Bulan & Bintang
Selagi Bumi & Langit Tidak Bertelangkup
Restuilah Perjuangan Kami
Restuilah Hajat & Permintaan Kami Sepanjang Hayat
 

(…nyatakan jika ada lagi…)

Ya! Tuhan Ku
Berkatilah Doa & Harapan Kami
Cucu Cicit Darah Adam - Hawa
Di Bumi
Alam Semulajadi, Asal Manusia
Umat Mu

Nota :
Mantera doa ini dipetik dari ilmu kebatinan suku kaum Orang Asli (Jakun). Sebutan asal atau  ungkapan penuh mantera ini tidak dapat disiarkan kerana masalah tafsiran dan kerahasiaan.

Terakhir dikemaskini (Selasa, 05 Julai 2011 08:23)

 
Artikel lain...
Pengumuman







ORANG ASAL MALAYSIA
Salam Perpaduan Orang Asli



ORANG ASLI
1 Payung 1 Bahtera



TAHUN 2016
It is hard to fail, but it is worse never to have tried to succeed (Theodore Roosevelt)



PENCAPAIAN
Life teaches us to make good use of TIME, while time teaches us the VALUE of LIFE



31 DISEMBER 2016 (Sabtu)
Hari Perayaan Orang Asli Menyambut Tahun Baru (2017)



QUOTES OT THE YEAR
Learn From Yesterday, Live For Today, Hope For Tomorrow




Ads on: Special HTML
Jam

Kalendar
March 2017
MTWTFSS
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031 
Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini96
mod_vvisit_counterSemalam143
mod_vvisit_counterMinggu ini1147
mod_vvisit_counterMinggu Lepas820
mod_vvisit_counterBulan Ini3687
mod_vvisit_counterBulan Lepas3951
mod_vvisit_counterJumlah1024487